Top Ad 728x90

Koleksi Jenaka

DEMAM SEJUK

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang tu pun disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang sebenarnya terjadi supaya mudah untuk kami melanjutkan penyiasatan... "

"Mmmm... .entah lah yer, seingat saya, bila kami sampai pada ketinggian 30,000 meter tetiba terasa teramatlah sejuk cam nak demam. Jadi saya pun matikanlah kipas helikopter tu... ."

JAM TANGAN

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.
" Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "

ANJING ROCK

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang, memerlukan stamina yang cukup! Anjing A training rabak habis-habisan... .Anjing B pulak relax jer. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan si anjing B nie pulak yang sampai lebih awal dari anjing A, padahal anjing A yang lebih teruk training... .

Anjing A pun tak puas hati membara sampai nak terbakar tapi anjing B pun dengan rock habis berkata "Relax la beb, aku nie kan... ... ... ... ... Anjing Laut.."

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90